Mengenai Kami
eBooking merupakan satu saluran atas talian untuk tempahan kemudahan-kemudahan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak yang dibangunkan di bawah inisiatif perkhidmatan Kerajaan Elektronik. Ia juga merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam transformasi perkhidmatan di bawah "High Performance Team (HPT)".

Tujuan eBooking merupakan gerbang sepadu untuk orang awam membuat tempahan kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri.

Sistem eBooking telah dibangunkan sejak 2004 untuk orang awam membuat permohonan tempahan secara atas talian, akan tetapi fungsi hanyalah terhad kepada permohonan sahaja.

Kerajaan Negeri telah membangun semula sistem ini untuk memberi perkhidmatan tempahan kemudahan yang lebih menyeluruh. Mulai tahun 2016, orang awam boleh melakukan pencarian kemudahan yang sedia ada, membuat tempahan dan bayaran secara atas talian.

Perkhidmatan ini akan bermula dengan penempahan kemudahan-kemudahan di taman negara, kemudian diperluaskan kepada kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain.